-Kisah Palestine-

.:. Medan Bermujahadah.:.


Merupakan penuntut dalam bidang Kejuruteraan Elektrik(elektronik),major dalam komputer..

AHLAN WASAHLAN

Assalamualaikum...ahlan wasahlan...semoga sedikit perkongsian ini memberi manfaat kepada anda..terima kasih kerana sudi menjengah ke laman ini..saya masih baru dalam bidang blogger..sekiranya ada cadangan penambahbaikan, bolehlah di nyatakan pada ruangan yg disediakan...

Followers

Jalinan Ukhuwah


ShoutMix chat widget

PENGUNJUNG

Halwa Telinga

Today is...

>

.:.Waktu Sekarang.:.

.:.Waktu Solat.:.

Renungan Bersama..

PIC...

PIC...

Madah Pujangga..

Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan;Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan;Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan),tetaplah bekerja keras(untuk urusan yang lain);Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap...

.:.Asy-Syarh(4-8).:.

Madah Pujangga...

4 perkara yang baik tetapi 4 perkara yang lebih baik :-

1) Pemurah bagi orang kaya itu baik tetapi pemurah bagi orang miskin itu lebih baik..

2)Adil bagi setiap orang itu baik tetapi adil bagi pemimpin itu lebih baik..

3)Taubat bagi orang tua itu baik tetapi taubat dari orang muda itu lebih baik..

4)Malu bagi lelaki itu baik tetapi malu bagi wanita itu lebih baik..

Saturday, November 28, 2009

~Di pagi AIDILADHA~

Dengan nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang..


Syukur alhamdulillah,sy masih diberi ruang dan peluang untuk hidup di bumi ALLAH s.w.t ini... Tidak seperti hari-hari yang lain,hari ini 27 November 2009 bersamaan 10 Zulhijjah 1430 M adalah hari yang bermakna bagi umat Islam diseluruh dunia..Pada hari/tarikh inilah terjadinya peristiwa penting bagi Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s..Dimana sempena peristiwa inilah umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha untuk memperingati peristiwa pengorbanan yang diperintahkan oleh ALLAH s.w.t kepada Nabi Ibrahim a.s...




Takbir dilaungkan tanpa henti..Pagi ini berpusu-pusu umat Islam ke masjid untuk menunaikan Solat sunat Aidiladha...Masya-ALLAH ramainya...Andaikan setiap solat fardu umat islam seramai ini....SUBHANALLAH....Pastinya masaalah yang membelenggu umat islam masa kini dapat diatasi...Masaalah ape???Pastinya anda dapat mengagak masaalah apa yang menghantui umat Islam kini malah masaalah inilah yang memyebabkan umat Islam dipandang rendah oleh penganut agama lain..Zina,minum arak secara terang-terangan,rogol,ragut,berjudi dan macam-macam lagi 'aktiviti popular' yang terpampang di dada-dada akhbar,dimana yang melakukan 'aktiviti' ini rata-ratanya orang melayu sendiri atau lebih dikenali beragama Islam...

 





Jauhi perbuatan yang membawa kemurkaan ALLAH


Kalaulah benar seseorang itu mengerjakan solat,maka tidak akan timbullah masaalah seperti ini..Mengapa sy berkata demikian???Bukankan mendirikan solat itu mencegah seseorang itu dari mengerjakan maksiat???





Taubat seorang hamba (gambar hiasan)



Berbalik kepada main pointnya.ceritanya apabila sewaktu di masjid untuk menunaikan solat sunat Aidiladha..
Setibanya di masjid,hati ini berbaur rasa...Gembira dan sebak menyelubungi diri...
Suasana masjid yang dipenuhi orang-orang kg. yang tidak mengenal usia...Majoriti jemaah wanita yang hadir terdiri daripada kaum hawa yang sudah berumar atau mudah dikenali sebagai nenek..Walaupun sudah dimamah usia namun,nenek2 yang tua masih kental untuk bersama2 menunaikan solat sunat ini..Ibu2 yang turut serta gigih bersama2,walaupun terpaksa mengendong anak kecil..





Gambar hiasan


Usai melakukan solat sunat dan bermuhasabah seketika yang diiringi alunan takbir oleh bilal,maka imam mula menerangkan cara2 solat sunat Aidiladha...Kemudian merapatkan saf...

Ya,waktu inilah yang di tunggu..Sy dapat melihat pelbagai keletah manusia...Sebenarnya inilah yang menjadi masaalah penduduk di kg sy...susah benar bagi jemaah2 untuk memenuhi saf di hadapan...Bagaikan ada harimau yang mahu menerkam sekiranya berada di hadapan...Ketibaan sy ke masjid agak lewat jadi hanya berkesempatan memenuhi ruang belakang..



Dan apabila imam mengarahkan untuk merapatkan saf,maka sibuk lah mereka mencari org untuk di suruh memenuhi ruang yang masih kosong...situasainya apabila si A yg berada di saf yang kedua enggan ke saf pertama malah meminta si B yang di saf ketiga memenuhi saf pertama..


Di sini sy mendapati terdapatnya kebaikan dan kekurangan terhadap apa yg berlaku...

Kebaikannya...

Kemungkinan si A ni mahu si B mendapat 'extra pahala'...so disuruhlah si B ini kehadapan...

Kekuranganya...

Disini boleh di kaitkan dengan pengorbanan yg dilakukan...Apa salahnya sekiranya si A itu sendiri yg menawarkan diri untuk memenuhi ruang yang kosong,tak perlu menyuruh org lain yg memenuhi ruang itu..."Ikutan dari teladan"...sekiranya kita berbuat kebaikan maka mudahlah untuk kita mengajak orang untuk melakukan kebaikan...


Salam Aidiladha,semoga pegorbanan yg kita lakukan dipandang di sisi-NYA...

Wallahua'lam...


*mohon maaf sekiranya ada mana-mana pihak yang tersinggung dengan perkongsian yang tidak seberapa ini...

0 comments:

Post a Comment

 
 

Diseñado por: Compartidísimo
Scrapping elementos: Deliciouscraps©