-Kisah Palestine-

.:. Medan Bermujahadah.:.


Merupakan penuntut dalam bidang Kejuruteraan Elektrik(elektronik),major dalam komputer..

AHLAN WASAHLAN

Assalamualaikum...ahlan wasahlan...semoga sedikit perkongsian ini memberi manfaat kepada anda..terima kasih kerana sudi menjengah ke laman ini..saya masih baru dalam bidang blogger..sekiranya ada cadangan penambahbaikan, bolehlah di nyatakan pada ruangan yg disediakan...

Followers

Jalinan Ukhuwah


ShoutMix chat widget

PENGUNJUNG

Halwa Telinga

Today is...

>

.:.Waktu Sekarang.:.

.:.Waktu Solat.:.

Renungan Bersama..

PIC...

PIC...

Madah Pujangga..

Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan;Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan;Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan),tetaplah bekerja keras(untuk urusan yang lain);Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap...

.:.Asy-Syarh(4-8).:.

Madah Pujangga...

4 perkara yang baik tetapi 4 perkara yang lebih baik :-

1) Pemurah bagi orang kaya itu baik tetapi pemurah bagi orang miskin itu lebih baik..

2)Adil bagi setiap orang itu baik tetapi adil bagi pemimpin itu lebih baik..

3)Taubat bagi orang tua itu baik tetapi taubat dari orang muda itu lebih baik..

4)Malu bagi lelaki itu baik tetapi malu bagi wanita itu lebih baik..

Saturday, August 13, 2011

mAaFkAnLaH....

 Dengan nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang...







Meski ku rapuh dalam langkah..
Kadang tak setia kepadaMu..
Namun cinta dalam jiwa..
Hanyalah padaMu..

Maafkanlah bila hati..
Tak sempurna mencintaiMu..
Dalam dadaku harap hanya..
DiriMu yang bertahta..

read more...

Sunday, February 13, 2011

@__VALENTINE'S DAY__@

Dengan nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang...



Apa istimewanya tanggal 14 Februari? Ia disambut dengan penuh kegembiraan oleh sebilangan besar rakyat dunia pada masa kini. Saban tahun, ramai tertunggu-tunggu akan tibanya tarikh tersebut. Kononnya ia adalah hari kekasih yang mana merupakan detik yang tepat buat pasangan yang hangat bercinta meluahkan rasa kasih dan cinta sesama mereka. Tidak kira dalam bentuk apa sekalipun, asalkan hasrat hati mereka tercapai.

Jika diperhatikan, budaya menyambut hari kekasih ini sudah mendapat tempat dan begitu popular dalam kalangan masyarakat kita termasuklah yang beragama Islam. Ia lebih tertumpu kepada golongan remaja biarpun ada dalam kalangan kita yang sudah berumahtangga sekalipun turut sama meraikan.

Menyimpang

Hari kekasih begitu sinonim dengan pemberian hadiah berupa coklat dan bunga mawar merah. Ia adalah lambang kasih sayang yang sangat istimewa yang diberikan. Bunga mawar dipersembahkan dalam hiasan dan balutan yang cantik manakala coklat pula disampaikan dengan bentuk dan kotak yang menarik sama ada berbentuk hati dan sebagainya. Tidak cukup dengan hadiah, ada yang meraikan dengan makan malam istimewa dan juga 'pembuktian' ketulusan cinta yang dibina. Walaupun ia jauh sekali menyimpang daripada budaya dan syariat umat Islam, namun kerana nafsu, ia dikira 'halal'.

Hari ini, umat Islam terpaksa berhadapan dengan pelbagai bentuk ancaman sama ada dari sudut budaya mahupun agama. Kita telah dijajah dari keseluruhan cara hidup, mentaliti, kelakuan dan juga amalan kerohanian yang sudah boleh dilihat adanya percampuran dengan unsur-unsur dari barat. Jadi, tidak hairanlah jika sambutan yang diraikan oleh golongan kristian turut sama disertai oleh umat Islam yang mudah terpengaruh.

Justeru, hari kekasih langsung tidak ada dalam sejarah Islam. Malah Islam sentiasa bersifat universal dan tidak dibatasi waktu, tempat,objek dan juga motif untuk menunjukkan kasih sayang. Hal ini sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, "Cintailah saudara se-Islam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari). Jadi ikutan siapakah hari kekasih ini? Apabila kita leka, kita secara tidak langsung akan meminggirkan suruhan agama dan lebih kepada mengikut hawa nafsu dan mencari keseronokan hidup. Tanpa kita sedar, rupanya kita menyambut hari pemujaan penganut kristian.

Asal-usul Hari Kekasih

Menurut catatan sejarah, pelbagai kisah yang diceritakan mengenai asal usul sambutan hari kekasih ini. Ada yang mengatakan, sebelum abad ke-17 masihi, masyarakat Rom meraikan Hari Valentine pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka. Manakala dalam penceritaan lain, hari kekasih ini diraikan oleh penganut Kristian yang memuja seorang paderi bernama St. Valentine dengan menganggap beliau seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Walau apa pun, jelas sekali ia langsung tiada kaitan dengan hari kebesaran buat umat Islam untuk turut sama meraikannya.

Allah telah berpesan kepada hamba-Nya, amal buruk jangan dikerjakan tidak kira dalam apa jua bentuk kelakuan sekalipun tetapi manusia sering melakukan sebaliknya. Apa-apa yang dilarang, itulah yang dibuatnya. Sama ada disebabkan ceteknya ilmu agama atau kerana terlalu mengikut hawa nafsu, jawapannya ada pada diri sendiri. Yang pasti, sambutan hari kekasih sudah menjadi trend dan mereka yang tidak meraikannya dipandang kolot dan 'out dated'.

Hakikatnya, sifat manusia ini lemah. Mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat yang sengaja ingin memusnahkan dan melemahkan pegangan umat Islam. Golongan yang tidak senang dengan kehebatan Islam cuba merosakkan budaya dan akidah walau dengan apa cara sekalipun. Jika kita perhatikan, sebelum tiba tarikh 14 Februari, sebilangan besar media massa di seluruh dunia berlumba-lumba menyiarkan tentang kemeriahan menyambut hari kekasih, pasaraya dan pusat membeli belah pula membuat promosi besar-besaran dari segi hiasan, potongan harga dan juga tayangan filem-filem cinta bagi membesarkan lagi sambutan hari kasih sayang ini.

Sebagai umat Islam yang diwajibkan patuh pada ajaran Islam dan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, tinggalkanlah perbuatan yang sia-sia ini. Ia bukanlah hiburan yang boleh mengembirakan hati kita malah memesongkan akidah. Kita wajar tahu yang beramal mengikut sesuatu yang bertentangan dengan suruhan Allah itu boleh menjejaskan akhlak, akidah dan juga keimanan kita terhadap Allah SWT.

Tiada istilah menyambutnya sekadar suka-suka. Keterlibatan kita dengan sambutan hari kekasih yang jelas khusus untuk golongan kristian sudah dikira salah malah jatuh kepada perkara haram kerana menggalakkan pasangan berdua-duaan dan menyalurkan rasa kasih sayang diluar batas syariat. Walau bagaimanapun, bagi yang sudah berkahwin, amat digalakkan berkasih sayang tetapi janganlah membesar-besarkan tarikh 14 Februari sebagai hari yang istimewa buat diri dan pasangan tetapi jadikan setiap hari adalah hari kekasih. Selain memperolehi kebahagiaan, kita juga diberi ganjaran pahala di atas amal kebaikan yang dilakukan setiap hari.

- sumber : iluvislam.com


























read more...

Monday, December 13, 2010

@__Air Mata Keinsafan__@

Dengan nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang..

Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi

Rintihan di sepertiga malam
Dari seorang hamba yang dhaif
Kerana mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi

Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan

Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi dalam meniti hidup ini

Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian sirat
Syurga abadi


saujana-air mata keinsafan

p/s : Lagu ni ada bnyak version..Versi The Zikr,versi Saujana..Jadi ikut lar mana yg suka..Yang penting mesej 2 sampai...











read more...

Salam Maal Hijrah 1432H dan Selamat Menyambut Tahun Baru

Dengan nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang..


Salam Maal Hijrah 1432H buat semua umat islam seluruh dunia..Maal hijrah atau awal muharam sudah sinonim dengan kisah penghijrahan Rasulallah s.a.w dari kota Mekah ke kota Madinah..Dan kita sudah lali dengan ceramah-ceramah masa kini yg cuba mengaitkan kisah penghijrahan nabi ini dengan kehidupan ummah pada masa kini..Penghijrahann bukan hanya dipandang sebagai perpindahan dari suatu kawasan ke suatu kawasan yang lain sahaja,tetapi penghijrahan yang cuba diterapkan kini adalah penghijrahan meliputi pelbagai aspek..Tak kira lar dari sudut penghijrahan sikap,azam,cara hidup,pemikiran dan sebagainya..'Perpindahan' yang di dimaksudkan penghijrahan disini adalah bermaksud apabila seseorang itu melakukan perubahan dari sesuatu yang kurang baik kepada sesuatu yang lebih baik..



Dan perubahan/penghijrahan sebenarnya tidak memerlukan satu waktu yang spesifik contohnya memperbaharui azam hanya di awal tahun sahaja...Perubahan boleh dilakukan pada bila-bila masa asalkan empunya diri bersedia dengan perubahan yang akan dilakukan..Bak kata pepateah,"tepuk dada tanya diri"..Tamabahan pula,sesuatu perubahan yang dilakukan biarlah relistik yakni mampu dicapai/mampu dilakukan..Dan andai seseorang itu berusaha berubah/penghijrahan maka sebenarnya dia juga sedang berjihad..Ya jihad yang paling besar,jihad melawan hawa nafsu..Insya-allah,smoga kita sama berusaha menjadi sesorang yang lebih baik..Ya,semoga hari ini lebih baik dari semalam..Dan juga semoga hari esok lebih baik dari hari ini..

Soutul Sofwa-Maal Hijrah
(Lagu ini menceritakan kisah penghijrahan Rasulallah s.a.w..Tuk kisah selanjutnya bleh klik di sini)

p/s : "...bukan mudah untuk berubah,dari tanpa arah ke sejadah,dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan..".Kisah penghijrahan hlovate  yg dimuatkan dalam VERSUS..nak baca,bleh klik disini..kisah penghijrahan yang bgs tuk dijadikan teladan..






read more...

Tuesday, November 9, 2010

Daie atau Daki????

Dengan nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang...




Ada sesuatu yg membuatkan saya marah,kecewa,menyampah dan jelek.Benda yg seringkali org tak nampak terutamanya yg menggelar dirinya sebagai Da'ie.

Seorang Pendakwah.
Dakwah ialah satu kewajipan dan satu kemulian bagi umat ini.Tugas menyeru kpd kebaikan dan mencegah kemungkaran ini adalah sebaik-baik kerja yg ditugaskan kpd kita.Setiap org,tiada kecuali.Allah telah meletakkan penghargaan sebagai 'khaira ummati' iaitu sebaik-baik umat,hanya kerana tugas dakwah ini.Boleh rujuk 3;110.

Allah juga berfirman di dalam surah Fussilat ayat 33:-
Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata:"Sesungguhnya aku adalah dari yang berserah diri kepada Allah!"?

Terlalu banyak ayat yg Allah turunkan yg memuliakan golongan ini.Cukup jika saya bawa 2 ayat shj.

Apakah itu dakwah?
Dakwah ialah mengajak kpd kebaikan dan menghalang drpd kerosakan .Dakwah juga banyak pecahan dan bentuk-bentuknya.Cukuplah utk kita faham bahawa dakwah itu hukumnya wajib kpd setiap individu dgn tahap yg berbeza-beza.

Saya bukan da'ei tapi saya daki

Sesuatu yg menyayat hati dan telah lama saya pendam dalam-dalam.Biarlah saya ceritakan supaya ia menjadi ikhtibar.Saya terkilan dgn beberapa kelompok manusia yg kononnya melaksanakan dakwah,melaksanakan amar makruf nahi mungkar tapi dlm masa yg sama dia tertinggal satu elemen yg sgt penting dlm berdakwah.

Peristiwa ini berlaku kpd kenalan saya sendiri.Dia hebat.Dalam banyak perkara,saya kagum dengan dia.Cuma saya terkilan dgn tindakan melulunya yg melabel manusia dgn gelaran yg buruk.Tiada sifat berbaik sangka.

(Jgn pisahkan dakwah dgn persaudaraan dan kasih sayang!)

Kesilapan kita

Kita jahil.Kerana itu perlukan ilmu.Kita tak sedar,bahawa tugas kita hanyalah menyeru manusia kpd kebaikan,bukannya melaknat manusia!Apa yg terjadi,si da'ei itu marahkan sahabatnya yg kononnya suka mencarut,lalu tanpa berfikir panjang sahabat itu dilabel sebagai syaitan.Dihebohkannya pula!Mahu semua org tahu kah?Apa kurangnya dia dgn syaitan?Hanya tahu memalukan org lain sahaja!


Tembok Kebencian

Saya pasti ini adalah salah satu punca mengapa golongan yg menyeru kpd kebaikan dibenci. Mereka bukan dibenci kerana tanggungjwb islam,sebaliknya dibenci kerana kecurangan mereka,menjual nama islam dgn nafsu. Ramai sgt dlm kalangan manusia yg menegur, berdakwah dan menasihat kerna kepentingan peribadi seperti kerana mahu dipandang mulia oleh org lain.


Ada! Saya sgt pasti org mcm ni ada!l Lebih-lebih lagi di laman sosial atau di blog-blog. Dia akan menghentam org tu habis-habisan,melabelnya dgn label yg jahat-jahat kerana mahu menunjukkan dirinya baik. Tidakkah kita sedar, bahawa iblis yg pernah menjadi penghulu para malaikat dihalau keluar dari syurga kerana ucapan keramat, 'ana khairun minhu',"aku lebih baik drpd dia!"

Bersangka Baik

Husnu dzon
. Semua org tahu. Tahu sebut, tahu berhujah tapi tak tahu nak praktik. Bersangka baiklah sesama makhluk. Mungkin org yg kita tegur tu, hari ni dia tak nak dengar, tapi jgn sesekali kita buruk-burukkan dan canang-canangkan keburukan dia.

Pada zaman Rasulallah dahulu, Rasulullah telah menyenaraikan 360-370 nama org-org munafik dan ia adalah rahsia. Ia rahsia! Sedangkan Rasulullah pun merahsiakan nama org munafik, apakah kita lebih mulia drpd rasulullah utk menyatakan si polan itu syaitan dan si polan itu org yg tertutup hati?

Berhikmahkah kita?

Allah sebut dlm surah An-nahl ayat 125:"serulah manusia kpd jalan tuhanmu dgn hikmah..'.Apa yg kita faham tentang hikmah?Ibn Khatsir menafsirkan hikmah itu dgn kemampuan seseorang menerima teguran kita.Kalau org tua,tegur la dgn cara org tua.Kalau kawan-kawan,tegur la dgn cara kawan.


Imam Syafie pun pernah berkata: "Jika kamu menegur saudaramu dlm sembunyi(face to face) maka kamu telah menjalankan tanggugjwbmu,sebaliknya jika kamu menegurnya di kalayak umum,maka kamu telah membogelkannya di depan org ramai".Keburukan org lain bukannya bahan utk dijadikan senda tawa,atau topik berbual sebaliknya keaiban org lain harus kita tutupi.Jika dia sudah insaf,alhamdulillah.Jika masih belum,teruskan berusaha.Itu saja!

Menanam Bunga

Bagi saya,org yg berdakwah ini sama seperti org yg menanam bunga.Ini bukan kerja yg hasilnya ekspress.kita tak boleh mengaharap bahawa hari ni kita dakwah,esok dia akan terima.Tidak sama sekali!Dakwah juga bukan kerja yg sekali-sekala.Sama mcm org tanam bunga,kerjanya takkan selesai dgn hanya menyemai benih.Banyak lagi yg di perlu buat.Dia perlu menyiram,membaja dan melindungi pokok drpd serangan serangga perosak.


Dakwah juga memerlukan kita perlu dekati mad'u hari-hari.Nasihat hari-hari.Sayang pun hari-hari.dan itu terlaksana jika kita hubungan persahabatan kita dgn mereka baik.Usah kita mudah melaknat pokok yg belum berbunga,kerana itu mungkin tanda bajanya masih kurang,airnya tak cukup,atau mungkin climate atau environmentnya tak sihat.Siapa tahu?Atau mungkin juga kerana Tuhan mmg tak mahu ia tumbuh,siapa boleh bantah?

Kesimpulan

Harus kita ingat,kewajipan kita ialah menegur kesalahan,menasihati kekurangan dan mencegah kemungkaran.
Allah tak suruh kita mengumpat apatah lagi mencanang keburukan org lain.Persaudaraan islam itu sgt perlu dijaga.Kerana itu,asas dlm dakwah ialah kasih sayang.Jgn menegur kerana benci atau dendam.Tegurlah kerana sayang.

Jgn membenci pelaku maksiat,sebaliknya benci hanya kpd maksiat yg dilakukan .Kerana jahil dan tidak berhikmah,org lain bukan hanya menjadi semakin jauh drpd islam sebaliknya membenci islam.Siapa mahu bertanggungjawab?Kita selalu mengina org lain kerana kesilapan yg dilakukannya,tapi pernahkah kita mendoakan mereka?

Sekarang cuba fikir dalam-dalam,adakah kita da'ie atau kita ialah daki?


Oleh: ibafame
http://paksi.net

read more...

Wednesday, September 15, 2010

$__Puasa 6 di Bulan Syawal__$

Dengan nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang...



(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

Bulan Ramadhan yang baru saja berlalu selain banyak membentuk dan mendidik kita, memberi peluang pula bagi kita merebut pahala berlipat ganda sekaligus meningkatkan keimanan serta ketaqwaan.

Kini dengan tibanya bulan Syawal iaitu bulan kembali kepada fitrah, boleh menjadi pengukur sejauh mana bulan Ramadhan yang baru saja berlalu telah memberi kesan dalam jiwa kita.

Kalau di bulan Ramadhan kita biasanya merebut peluang untuk mengerjakan amalan-amalan sunat seperti sembahyang Tarawih, Witir, bertadarus atau membaca al-Qur’an, bersedekah dan sebagainya, adakah di bulan-bulan selepas Ramadhan kita akan meneruskan amalan tersebut?

Antara amalan-amalan sunat yang menjadi rebutan para salihin di bulan Syawal ini ialah amalan puasa sunat enam. Apakah dia puasa sunat enam itu?


Definisi Serta Fadhilat Puasa Enam


Puasa enam ialah puasa sunat yang dikerjakan sebanyak enam hari di bulan Syawal. Ianya sunat dan lebih afdhal dikerjakan secara berturut-turut di awal bulan Syawal iaitu bermula dari 2 haribulan Syawal, dan boleh juga dikerjakan secara berselang-seli ataupun dikerjakan bukan pada awal bulan Syawal.

Puasa sunat enam ini sangat besar fadhilat serta ganjarannya, diriwayatkan daripada Abu Ayyub Al-Anshari Radhiallahu ‘anhu, beliau telah berkata bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, adalah (puasanya itu) seperti puasa sepanjang tahun.”


(Hadits Riwayat Imam Muslim)


Mengerjakan puasa sunat sebanyak enam hari di bulan Syawal di samping mengerjakan puasa fardhu di bulan Ramadhan diibaratkan seperti berpuasa sepanjang tahun berdasarkan perkiraan bahawa setiap kebajikan itu dibalas dengan sepuluh kali ganda. Oleh itu disamakan berpuasa di bulan Ramadhan selama 29 atau 30 hari dengan 300 hari atau sepuluh bulan berpuasa dan puasa enam di bulan Syawal itu disamakan dengan 60 hari atau dua bulan berpuasa. Maka dengan itu genaplah ia setahun. Ini diperkuatkan lagi dengan sebuah hadits riwayat Tsauban bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


Maksudnya:
“Berpuasa sebulan (di bulan Ramadhan itu disamakan) dengan sepuluh bulan berpuasa dan berpuasa enam hari selepasnya (di bulan Syawal disamakan) dengan dua bulan berpuasa, maka yang sedemikian itu (jika dicampurkan menjadi) genap setahun.”


(Hadits Riwayat Imam Al-Darimi)

Apa yang dimaksudkan dengan penyamaan di sini adalah dari segi perolehan pahala iaitu seseorang itu akan mendapat pahala seperti pahala yang didapatinya dari puasa fardhu. Jadi, pahala mengerjakan puasa bulan Ramadhan dan puasa enam adalah sama dengan pahala mengerjakan puasa fardhu sebanyak setahun.

Hukum Dan Kedudukan Orang Berpuasa Sunat Menghadiri Jemputan Rumah Terbuka



Amalan berziarah atau berkunjung-kunjungan di Hari Raya Aidil-Fitri sudah menjadi adat bagi kita. Tuan rumah sudah pasti menghidangkan berbagai jenis juadah khususnya ketika mengadakan majlis rumah terbuka atau yang lebih biasa disebut dengan "open house".

Bagi mereka yang sedang berpuasa sunat enam, ini adalah satu dilema yang sukar dielakkan di hari raya ini, apatah lagi jika tuan rumah itu mengkhususkan jemputannya di waktu siang. Sehinggakan ada yang menjadikan alasan berpuasa sunat itu untuk tidak menghadiri jemputan ataupun menjadikannya alasan untuk tidak berpuasa enam.

Perlu diingat bahawa berpuasa bukanlah tiket serta alasan untuk tidak memenuhi jemputan. Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma misalnya, tetap memenuhi jemputan walaupun beliau sedang berpuasa. Dalam satu hadits riwayat Imam Muslim, Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu telah berkata bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:
“Jika dijemput seseorang daripada kamu ke (majlis) jamuan maka hendaklah dia memenuhinya. Jika dia sedang berpuasa maka doakanlah tuan rumah itu, dan jika dia tidak berpuasa maka hendaklah dia makan.”

(Hadits Riwayat Imam Muslim)



Orang yang diundang menghadiri jemputan sedangkan dia berpuasa, maka tidaklah diwajibkan ke atasnya untuk memakan makanan yang dihidangkan kepadanya oleh tuan rumah. Jika puasa yang dikerjakannya itu adalah puasa fardhu, misalnya puasa qadha Ramadhan atau puasa nazar maka adalah haram baginya untuk berbuka. Cukuplah baginya sekadar menghadiri jemputan tersebut dan disunatkan juga ke atasnya untuk mendoakan keberkatan serta keampunan dan sebagainya ke atas tuan rumah dan para hadirin.

Adapun jika sekiranya puasa yang dikerjakannya itu adalah puasa sunat, maka adalah dibolehkan baginya untuk berbuka dan tidak meneruskan puasa sunatnya itu bahkan adalah sunat baginya untuk berbuka seandainya tuan rumah itu merasa tersinggung jika dia tidak memakan makanan yang dihidangkannya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah menyuruh orang yang sedang berpuasa sunat supaya berbuka dalam majlis jamuan makan, Baginda bersabda:

Maksudnya: “
"Saudara kamu menjemput kamu dan bersusah payah untuk kamu." Kemudian Baginda bersabda lagi kepadanya: "Berbukalah dan berpuasalah pada hari lain sebagai gantinya jika kamu mahu.”


(Hadits Riwayat Imam al-Baihaqi)



Ini sama halnya dengan tuan rumah yang menjemput ataupun didatangi oleh tetamu padahal tuan rumah itu sedang berpuasa sunat, lalu tetamunya itu berkeberatan untuk memakan makanan yang dihidangkan olehnya dan tidak mahu memakannya kecuali jika tuan rumah yang sedang berpuasa itu turut makan bersamanya – maka dalam hal ini, sebagai menghormati tetamu itu, adalah lebih afdhal bagi tuan rumah itu untuk berbuka dan makan bersama-sama tetamunya tadi kerana Ummu Hani’ Radhiallahu ‘anha sewaktu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pergi berkunjung ke rumahnya, Ummu Hani’ menghidangkan minuman kepada Baginda. Setelah minum, Baginda memberikannya semula kepada Ummu Hani’, lalu Ummu Hani’ pun meminum bakinya. Kemudian Ummu Hani’ pun berkata:

Maksudnya:
"Aku telah berdosa, maka mintalah keampunan untukku, Baginda bersabda: Apakah ia (dosamu itu)? Katanya: Aku ini berpuasa, dan aku berbuka. Baginda bersabda: Adakah puasa qadha yang engkau kerjakan itu? (Ummu Hani’) berkata: Bukan. Baginda bersabda: (Berbuka puasa sunat itu) tidak memberi mudharat kepadamu."


(Hadits Riwayat Imam at-Tirmidzi).



Akan tetapi jika tuan rumah atau tetamu itu tidak tersinggung ataupun tidak keberatan jika dia meneruskan puasanya, maka dalam hal ini adalah lebih afdhal dan lebih utama baginya untuk terus berpuasa.

Jika dia berbuka juga maka dia tidak akan beroleh pahala puasa yang telah dilakukannya tadi. Berlainan halnya, jika dia berbuka kerana keuzuran misalnya kerana ingin menemani tetamunya makan atau untuk menjaga hati tuan rumah, maka puasanya tadi itu akan diberikan pahala sungguhpun dia tidak dapat menyempurnakannya sepertimana yang disebutkan dalam kitab Mughni al-Muhtaj.

Bagaimanapun, tidak meneruskan puasa sunat tanpa keuzuran adalah makruh di sisi hukum syara‘ berdasarkan zahir firman Allah Ta‘ala dalam Surah Muhammad ayat 33:

Tafsirnya:
“Dan janganlah kamu batalkan amalan kamu!”


(Surah Muhammad:33)

Hukum Menqadha Puasa Sunat

Orang yang sedang berpuasa sunat adalah berkuasa ke atas dirinya samada ingin meneruskan puasanya ataupun tidak. Ini berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Ummu Hani‘ Radhiallahu ‘anha:

Maksudnya:
“Orang yang sedang berpuasa sunat itu adalah raja bagi dirinya, jika dia mahu dia berpuasa dan jika dia mahu dia berbuka.”


(Hadits Riwayat Imam Ahmad)



Menurut pendapat mazhab Imam as-Syafi‘e, orang yang tidak meneruskan puasa sunat samada kerana keuzuran ataupun tidak, maka tidaklah wajib ke atasnya menqadha puasanya itu bahkan hukumnya adalah sunat. Ini kerana jika hukum menqadhanya adalah wajib, maka sudah pasti hukum tidak meneruskannya (puasa sunat) adalah haram.

Ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Abu Sa‘ed al-Khudri Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:

Maksudnya:
“Aku membuat makanan untuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Lalu Baginda dan sahabat-sahabat Baginda pun datang. Maka apabila makanan dihidangkan, seorang laki-laki daripada suatu kaum berkata: "Sesungguhnya aku sedang berpuasa." Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Saudara kamu menjemput kamu dan bersusah payah untuk kamu." Kemudian Baginda bersabda lagi kepadanya: "Berbukalah dan berpuasalah pada hari lain sebagai gantinya jika kamu mahu."”


(Hadits Riwayat Imam al-Baihaqi)



Maka ambillah peluang ini dengan sebaiknya kerana puasa enam ini berserta kelebihan-kelebihannya hanya hadir setahun sekali. Jadi janganlah ia dilepaskan begitu saja kerana agama Islam dengan penuh tolak ansur telah memberikan kemudahan bagi kita untuk mengerjakan puasa enam itu bukan dalam suasana hari raya.


"Sharing is caring"...

sumber : http://jomfaham.blogspot.com/


read more...

#,,,AiDilFiTrI 2010,,,#

Dengan nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang...


Salam dihulur maaf dipinta menghapus dosa-dosa lalu..
Salam Aidilfitri maaf zahir dan batin..


Salam Aidilfitri 1431H...Mohon maaf andai kata-kataku,perbuatanku pernah mengguris hati kalian...Semoga pemergian Ramadhan iaitu bulan pentarbiahan tidak berlalu dengan amalan/ibadah yang telah dijana untuk mencari mardhatillah semata-mata pada bulan itu sahaja..Jom kita istiqamahkan segala amal kebajikan dan ibadah semasa Ramadhan pada bulan2 lain juga...Insya-allah,Allah akan permudahkan segala niat serta usaha untuk hambanya..Tapi make sure perkara yang hendak dilakukan itu perkara baik..Jangan pula niat buat perkara baik tapi usaha itu tidak bertepatan dengan syarak kerna "Matlamat tidak menghalalkan cara"....

Syawal bulan pengerat ukhuwah..

Kalau Ramadhan terkenal dengan bualan dimana umat islam berlumba-lumba mengejar untuk melakukan ibadah,tapi Syawal pula terkenal dengan bulan dimana umat islam saling bermaaf-maafan..Ya,bulan inilah sanak saudara yang jauh dieratkan ukhuwah dengan aktiviti kunjung mengunjung..Yang jauh dirapatkan,yang dekat dieratkan..

Pertemuan setelah 6 tahun

Aidilfitri yang berbeza sedikit berbanding yang sebelumnya..Pertemuan semula dengan sahabat2 masa di YK mengimbau kembali kenangan selama 3 tahun tempoh perkenalan..Walaupun tempoh masa yang pendek tapi bermacam asam garam hidup dapat di timba bersama mereka..Terima kasih buat sahabat2ku kerna telah melakarkan memori indah dalam hidupku walaupun perjumpaannya hanya seketika..YK telah mengajarku erti hidup,dimana permulaan diri ini hidup berdikari tanpa keluarga disisi..YK telah mengajar erti bersahabat,mengenal erti berukhuwah..YK mengajar erti hidup berlandaskan syariat...Bersyukur masih berkesempatan berjumpa dengan kalian sahabat2ku..



bertempat di Cinta Sayang Resort


Gelagat muslimat


Gelagat muslimin

Macam-macam gelagat ada...Ada yang dah berkahwin sesama batch..Ada yang dah beranak-pinak..Ada yang menyambung pelajaran di Mesir,UiAM,KUIN,KUIS,UM,UPSI dan macam2 lagi lar..Tapi yang agak menyedihkan,masa ucapan wakil2 ipta,tak pulak disebut wakil UITM..ish2...Agak menyedihkan lar...Walaupun begitu,pujuk diri sendiri lar...Insya-allah walaupun dimana pun kita berada,semoga Allah tetapkan iman terus istiqamah dalam pemperjuangakan agama Allah..."Jadilah seperti ikan dilaut,tetap tawar walaupun hidup didalam laut yang masin"..

Banyak pengajaran yang dapat dikutip sepanjang bercuti nih...Bak kata pepatah "What you see is what you get"..Nilailah sesuatu yang berlaku dengan pandangan mata hati bukan hanya pandangan mata kasar..
"Aku adalah kamu,kamu adalah aku,kita satu roh dalam berlainan jasad"..

p/s: Jom pakat kita rebut pahala puasa 6 sempena bulan syawal nih...

"TAHU TIDAK SEMESTINYA AKAN MELAHIRKAN RASA MAHU TETAPI MAHU SELALUNYA MELAHIRKAN SIKAP INGIN TAHU!!!!"



 
read more...

Sunday, August 29, 2010

@___LA TAHZAN___@

Dengan nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang...



Haaa...Post kali nih slot motivasi skit...Meh check it out pe yg menariknya tentang video kt bawah nih...Video tentang 'Wanita Menangis'...Oleh Dato' Dr Hj Fadhilah Kamsah....

-Wanita Menangis part 1-


-Wanita Menangis part 2-


-Wanita Menangis part 3-

Haa...bestkn...So,make sure nangis kita ialah nangis yg berkualiti.."Sharing is caring.."




read more...

Wednesday, August 25, 2010

.:.KiSah cINta hATib daN uMMu QaiS.:.

Dengan nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang...



         Sekali peristiwa, diceritakan bahawa ada seorang sahabat yang bernama Hatib telah mencintai seorang gadis rupawan yang bergelar Ummi Qais.Sebagai kebiasaannya orang yang bercinta, Hatib berusaha agar si gadis itu dapat dimilikinya. Dia pun meminang Ummi Qais sewaktu mereka sama-sama berada di Makkah lagi, akan tetapi, oleh kerana kemalangan nasibnya, gadis itu telah menolak peminangan Hatib. Kemudian Ummi Qais pun berhijrahlah pula bersama-sama orang-orang Islam yang berhijrah ke Madinah.

         Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Hatib, dia merasa amat berdukacita. Oleh kerana terlalu merindukan Ummi Qais, Hatib lalu mengambil keputusan untuk berhijrah menjejaki langkah Ummi Qais ke
Madinah, dengan harapan agar dia dapat memikatnya dan memujuknya semula sewaktu di Madinah nanti.

         Jadi nyatalah sudah bahwa hijrahnya Hatib itu bukanlah semata-mata kerana tujuan asal berhijrah ke sana; iaitu untuk mencari tempat perlindungan bagi agamanya. Tetapi di sebalik itu, ada maksud yang lain yang lebih diutamakannya; iaitu moga-moga ia dapat menukar keputusan Ummi Qais yang lalu dan moga-moga Ummi Qais akan menerimanya pada kali ini, sebab hatinya sangat sayang dan mencintai Ummi Qais.

          Cerita hijrahnya Si Hatib sepenuhnya telah disampaikan kepada pengetahuan Rasulullah s.a.w. Oleh kerana itulah, maka Hadis ini telah disabdakan, iaitu:

"Dan barangsiapa hijrahnya kerana dunia (sebab-sebab keduniaan) yang ia ingi memperolehinya, ataupun kerana seorang perempuan yang ia ingin menikahinya maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang ia berhijrah kepadanya." [Bukhari & Muslim]

       Maksudnya: Tiadalah ia mendapat pahala apa pun dari hijrah yang telah ia lakukan itu. Sebab orang lain berhijrah membawa dirinya dan agamanya agar terselamat dan fitnah kekufuran yang mengancamnya di negeri Makkah, semata-mata kerana mentaati perintah Allah dan RasulNya. Akan tetapi maksud utama hijrah Hatib ada yang lain; iaitu keinginan hati untuk menawan Si gadis kecintaannya, sebab itu Rasulullah SAW telah mencelanya secara indirect (tidak langsung) dengan menyabdakan Hadis tersebut di atas tadi.

           Bagi kita kaum Muslimin yang mengikuti cerita Hatib tadi, janganlah dianggap celaan itu hanya ditujukan untuk Hatib seorang saja. Bukanlah itu yang dimaksudkan. Akan tetapi di sebalik peristiwa Hatib itu ada pengajaran lain yang harus kita perhatikan, supaya kita tidak menjadi seperti Hatib pula, sehingga celaan itu akan menimpa kita sama.



           Dalam menjalankan perintah-perintah agama, janganlah hendaknya kita menyaingi ibadat-ibadat kita itu dengan kerja-kerja lain yang berkaitan dengan keduniaan. Misalnya ibadat Haji. Ada orang yang menyaingi ibadat Hajinya dengan kerja-kerja keduniaan, seperti berniaga sewaktu dalam perjalanan ke Haji, atau dalam musim Haji, kerana Keuntungannya berlipat-ganda ketika itu. Ataupun orang itu sengaja menawarkan dirinya untuk menguruskan hal-ehwal orang-orang Haji tentang keperluan-keperluannya dalam perjalanan atau sewaktu mengerjakan Haji itu, sebab seolah-olah dia bekerja dengan bakal-bakal Haji itu, dan mungkin sekali semua wang pelayarannya pun dikutip dan berasal dari bakal-bakal Haji itu samada sebagai komisen ataupun faedah pekerjaannya, yang kalau tiada kerana itu,tiadalah ia akan berangkat sama untuk menunaikan Hajinya. Amalan yang serupa ini tentu sekali tiada sepenuhnya tertumpu pada Pekerjaan ibadat terhadap Allah.Oleh kerana itu dikuatiri tidak ada gunanya dan tidak ada pahalanya dari Allah s.w.t.

           Lain-lain misalan dalam perkara yang sama banyak sekali, dan semuanya adalah bergantung kepada niat masing-masing pelakunya. Maka hendaklah kita sentiasa waspada dalam hal ini, supaya ibadat-ibadat kita tiada dikongsi dengan amalan-amalan keduniaan, yang nyata sekali ditegah oleb agama, seperti dalam Hadis Rasulullah s.a.w. tersebut di atas.

                 Untuk menentukan samada ibadat kita itu seratus persen kerana Allah atau tidak, tanyalah diri kita sendiri secara jujur dan bukan secara helah atau putar-belit, niscaya kita akan mendapati jawapannya yang betul. Seterusnya, Hadis ini, walaupun ditujukan khas kepada Hatib kerana niatnya yang telah menyeleweng dari tujuan asalnya, namun hukumnya umum ditujukan kepada seluruh kaum Muslimin, walaupun sebabnya yang pertama kerana Si Hatib tadi.Sebab Rasulullah s.a.w. tidak pernah menujukan sesuatu kecelaan atau kemarahannya terhadap seseorang yang tertentu. Bahkan pengisytiharannya sentiasa umum untuk menjadi pengajaran kepada kaum Muslimin yang lain.Selain itu, Rasulullah s.a.w. adalah pemalu orangnya dan tidak pernah menjatuhkan maruah orang lain, apatah lagi untuk membocorkan rahsia orang di hadapan khalayak ramai, itu tentulah jauh sekali.



“kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!!”



 -sumber:www.hanan.com.my-


read more...

Monday, August 23, 2010

DuNiA,DuNiA,DuNiA....

Dengan nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang....





Hati ini sakit..
Hati ini takut...
Hati ini gelisah...
Adakah hati ini terkena penyakit wahan...
Ya Allah tunjukkanlah aku jalan yang benar...

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orangorang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kanu pada hart itu banyak sekali, tetapi kanu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".(H.R. Abu Daud)

Indahnya dunia...
tetapi keindahan dunia penuh dugaannya...

"Dunia ini hanya pinjaman,untuk menguji keimanan,akhirat nnanti yang akan menentukan,balasan syurga taupun neraka.."

"Mengapakah dunia yang dikejari,sedangkan iakan ditinggal pergi,apalah gunanya harta disisi,tika jasad terkubur terkaku mati..."

"Bayangkanlah jika didunia ini bekalan terhenti mudah dicari,bagaimana pula disana nanti,tanpa bekalan pahal kita yang rugi,bersyukurlah sentiasa,dengan apa yang ada,adakala harta dunia,belum tentu membantu kita,menjadi bebanan dan menyusahkan.."
 -Inteam-Pesona Dunia-

"Tuhan hambanu ini kekeliruan,sukar mencari jalan yang benar,kerna dipaut hasut dunia,mencintai yang lain lebih darimu.."
-Saujana-Jika Terakhir Buatku-

Untuk perkongsian,meh check it out bacaan supaya dapat memantapkan iman kita :-

1.   Ketika menahan nafas,baca ayat Qur’an berikut didalam hati :
AN NAHL 97

Man amila shoolihan min dzakarin aw untsaa wahuwa mu’minun  falanuhyiyannahuu hayaatan thoyyibah  walanjziyannahum ajrohum bi ahsani maa kaanu ya’maluun 

97- Barang siapa yang mengerjakan amal saleh,  baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. (An Nahl 97)

Ketika menghembuskan nafas,baca Do’a tadabbur  :

Ya Allah teguhkan Iman dan keyakinan kami padaMU, tolong kami untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhoi,  beri  kami kehidupan yang baik didunia dan akhirat, dan beri kami  balasan  yang yang lebih baik dari apa yang telah kami lakukan, sebagaimana  yang Kau janjikan dalam Qur’anMu.

Manfaat nya:
  • ·         Meningkatkan iman dan keyakinan pada Allah
  • ·         Meningkatkan kecintaan untuk mengerjakan amal soleh yang diredhai Allah
  • ·         Mendapat kehidupan yang baik didunia dan akhirat
  • ·         Dibalasi Allah amal kebaikannya dengan yang lebih baik dari apa yang telah dikerjakan

   2. Ketika menahan nafas ,baca ayat Qur’an sebagai berikut didalam hati :

55- Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barang siapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

Wa adallahulladziina aamanuu minkum wa amilushoolihati layaastakhlifannahum fil ardhi kamastakhlafalladziina minqoblihim wala yumakkinnalahum  diina humulladzirtadhoo  lahum walayubaddilannahum mimba’di khoufihim amna , ya’buduunani laa yusyrikuuna bisyai’aa , wamankafaro ba’da dzaalika fa’ulaaika humul faasiquun

Ketika menghembuskan napas baca Do’a tadabbur  :
Ya Allah teguhkan Iman dan keyakinan hamba padaMU, tolong hamba untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai, jadikan hamba berkuasa dibumiMU ini sebagaimana Kau telah menjadikan orang sebelum kami berkuasa, teguhkan bagi kami agama yang kau Redhai, tukar kecemasan dan ketakutan kami dengan rasa aman, dan teguhkan hati kami untuk Tetap menyembahMu, itulah yang telah Engkau janjikan dalam Qur’anMu, Engkau tidak pernah mengikari janji, perkenankanpermohonan  kami ya Allah.

Manfaatnya antara lain :

  • ·         Meningkatkan Iman dan keyakinan pada Allah
  • ·         Meningkatkan kecintaan mengerjakan amal soleh yang diridhoi Allah
  • ·         Membuka jalan untuk mendapat kekuasaan dibumi misalnya jadi pengusaha, jabatan pimpinan dalam perusahaan, jabatan distruktur pemerintahan, jabatan dalam organisasi politik atau sosial
  • ·         Istiqamah dalam menjalankan syariat agama
  • ·         Diganti Allah perasaan cemas, takut dan gelisah yang dialami dengan rasa aman, nyaman dan tenteram
  • ·         Dikuatkan keinginannya untuk beribadah pada Allah

3 .   Ketika menahan nafas baca  surat Al A’raaf 96 :

96- Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya. (Al A’raaf 96)

Ketika menghembuskan napas baca do’a tadabbur:

Ya Allah kami telah mendengar peringatanMu ini , karena itu  teguhkanlah  iman dan keyakinan kami kepadaMu, tolong kami untuk bertakwa padaMu, bukakan bagi kami keberkahan dari langit dan bumiMu, jangan Kau palingkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk, jauhkan kami dari kemarahan dan murkaMU, perkenankan permohonan kami ini ya Allah

Manfaatnya antara lain :
  • ·         Diteguhkan iman dan keyakinannya pada Allah
  • ·         Ditingkatkan rasa takwanya pada Allah
  • ·         Dibukakan keberkahan dari langit dan bumi
  • ·         Tetap istiqamah pada jalan yang diredhai Allah
  • ·         Terhindar dari marah dan murka Allah


4        Ketika menahan nafas baca  surat Al Hajj 14:

14- Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh ke dalam surga-surga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki. (Al Hajj 14)


Ketika menghem buskan napas baca do’a tadabbur sebagai berikut:
Ya Allah  kami telah mendengar apa yang Kau janjikan dalam Qur’anMu, teguhkan Iman dan keyakinan kami kepadaMu, tolong kami mengerjakan amal soleh yang Kau redhai, masukan kami kedalam syurgaMu yang mengalir sungai sungai dibawahnya,Engkau maha kuat untuk melaksanakan kehendakMu, perkenankan permohonan kami ya Allah.

Manfaatnya antara lain:

  • ·         Meneguhkan iman dan keyakinannya pada Allah
  • ·         Meningkatkan kecintaan mengerjakan amal soleh yang diredhai Allah
  • ·         Dimasukan Allah kedalam syurga yang mengalir sungai dibawahnya. 


Wallahu'alam...Jadikan dunia di tangan dan akhirat di hati....


 


read more...

Monday, August 9, 2010

-Ahlan Ya Ramadhan-

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang...






Bulan Ramadan adalah satu bulan yang di dalamnya diturunkan Al Quran.
Bulan yang diturunkan rahmat dan berkat.
Bulan diampunkan dosa.
Bulan yang kebaikannya diganda-gandakan Tuhan.
Bulan yang didalamnya berlaku Lailatul Qadar.

Yang mana siapa yang dapat beribadah tepat pada malam Lailatul Qadar seolah-olah dipanjangkan umur. Seolah-olah mereka pernah beribadah selama lebih 1000 bulan, yakni lebih dari 83 tahun. Inilah antara Rahmat Tuhan kepada orang yang bertaqwa atau yang bercita-cita menjadi orang bertaqwa. Ini satu anugerah Tuhan.

Ini menunjukkan bulan Ramadan adalah raja segala bulan. Pada bulan ini, Tuhan menyuruh kita berpuasa di siang hari dan beribadah di waktu malamnya. Oleh kerana Tuhan hendak memberi pahala yang besar, terutama yang mendapatkan Lailatul Qadar, ini mesti ada rahsia dari Tuhan, mengapa Tuhan pilih bulan Ramadan, mengapa begitu besar pahalanya di sisi Tuhan. Ini tak berlaku di bulan-bulan lain. Lebih-lebih lagi dosa-dosa kita semua diampunkan
.


Benarkah kita paham ilmu tentang puasa?
 
Kebanyakan umat Islam walaupun sudah banyak kali belajar hal puasa, mereka cuma tahu puasa itu menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa. Takrif puasa saperti itu sekadar untuk tidak batal syarat dan rukun. Kalau sekadar itu, samalah saperti orang buat rumah, ada atap, dinding dan tiang sahaja. Kalau kita ajak keluarga pindah ke ‘rumah’ itu tentu mereka tidak mahu pindah.
Maksudnya, kalau puasa itu sekadar  mempertahankan syarat rukun, ia tidak ada erti apa-apa. Sekadar namanya puasa. Macam rumah tadi tetap dipanggil rumah sekalipun banyak kekurangan. Begitu juga puasa, bila seorang yang tidak makan, tidak minum, tidak bersama isteri di siang hari, itu tetap dinamakan puasa.
 
Sebenarnya puasa ada takrif kedua yang merupakan intipati kepada takrif pertama tadi. Takrif puasa yang kedua ialah menahan diri dari perasaan yang negatif, dari nafsu berkehendak yang negatif, menahan akalnya dari berfikir yang negatif. Bila digabungkan dengan takrif pertama, barulah puasa itu bererti.
 
Takrif kedua inilah yang sudah tidak dipelajari oleh umat Islam. Sebenarnya, semenjak kejatuhan Islam 700 tahun lalu, bukan sahaja kuasa jatuh, ilmu dan cara belajar juga jatuh sejatuhnya. Jadi kita tidak pernah belajar ilmu Islam itu sampai selesai sekalipun ilmu tentang rukun iman dan Islam. Akhirnya amalan Islam hanya sekadar luar-luaran tapi roh ibadah itu tidak difahami dan diusahakan. Bahkan amalan Islam sudah jadi adat dan budaya. Tidak tahu lagi mana Islam, mana adat. Hari ini yang berlaku, Islamnya sedikit tapi adatnya banyak. Semuanya dirangkum sebagai Islam.
 
Contohnya, kalau dilihat puasa Rasulullah dan para Sahabat, mereka berbuka puasa secara ringkas sahaja. Makan sedikit tamar dan minum air segelas, kemudian terus sembahyang. Kita tidak larat sebab tidak pernah diproses begitu. Zaman Rasulullah pun tidak ada bazaar Ramadhan. Kita berpuasa tapi sangat melayan dan menggemukkan nafsu kita. Ini kerana kita pertahankan takrif puasa   


*tingkatkan zikir,lebihkan fikir...kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi di bulan ramadhan ini...Pecut taqwa dibulan ramadhan....



read more...
 
 

Diseñado por: Compartidísimo
Scrapping elementos: Deliciouscraps©