Dengan nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang..
Salam Maal Hijrah 1432H buat semua umat islam seluruh dunia..Maal hijrah atau awal muharam sudah sinonim dengan kisah penghijrahan Rasulallah s.a.w dari kota Mekah ke kota Madinah..Dan kita sudah lali dengan ceramah-ceramah masa kini yg cuba mengaitkan kisah penghijrahan nabi ini dengan kehidupan ummah pada masa kini..Penghijrahann bukan hanya dipandang sebagai perpindahan dari suatu kawasan ke suatu kawasan yang lain sahaja,tetapi penghijrahan yang cuba diterapkan kini adalah penghijrahan meliputi pelbagai aspek..Tak kira lar dari sudut penghijrahan sikap,azam,cara hidup,pemikiran dan sebagainya..'Perpindahan' yang di dimaksudkan penghijrahan disini adalah bermaksud apabila seseorang itu melakukan perubahan dari sesuatu yang kurang baik kepada sesuatu yang lebih baik..
Dan perubahan/penghijrahan sebenarnya tidak memerlukan satu waktu yang spesifik contohnya memperbaharui azam hanya di awal tahun sahaja...Perubahan boleh dilakukan pada bila-bila masa asalkan empunya diri bersedia dengan perubahan yang akan dilakukan..Bak kata pepateah,"tepuk dada tanya diri"..Tamabahan pula,sesuatu perubahan yang dilakukan biarlah relistik yakni mampu dicapai/mampu dilakukan..Dan andai seseorang itu berusaha berubah/penghijrahan maka sebenarnya dia juga sedang berjihad..Ya jihad yang paling besar,jihad melawan hawa nafsu..Insya-allah,smoga kita sama berusaha menjadi sesorang yang lebih baik..Ya,semoga hari ini lebih baik dari semalam..Dan juga semoga hari esok lebih baik dari hari ini..
Soutul Sofwa-Maal Hijrah
(Lagu ini menceritakan kisah penghijrahan Rasulallah s.a.w..Tuk kisah selanjutnya bleh klik di sini)
p/s : "...bukan mudah untuk berubah,dari tanpa arah ke sejadah,dari tepi jalanan ke sujud menghadap Tuhan..".Kisah penghijrahan hlovate yg dimuatkan dalam VERSUS..nak baca,bleh klik disini..kisah penghijrahan yang bgs tuk dijadikan teladan..
0 comments:
Post a Comment