-Kisah Palestine-

.:. Medan Bermujahadah.:.


Merupakan penuntut dalam bidang Kejuruteraan Elektrik(elektronik),major dalam komputer..

AHLAN WASAHLAN

Assalamualaikum...ahlan wasahlan...semoga sedikit perkongsian ini memberi manfaat kepada anda..terima kasih kerana sudi menjengah ke laman ini..saya masih baru dalam bidang blogger..sekiranya ada cadangan penambahbaikan, bolehlah di nyatakan pada ruangan yg disediakan...

Followers

Jalinan Ukhuwah


ShoutMix chat widget

PENGUNJUNG

Halwa Telinga

Today is...

>

.:.Waktu Sekarang.:.

.:.Waktu Solat.:.

Renungan Bersama..

PIC...

PIC...

Madah Pujangga..

Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan;Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan;Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan),tetaplah bekerja keras(untuk urusan yang lain);Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap...

.:.Asy-Syarh(4-8).:.

Madah Pujangga...

4 perkara yang baik tetapi 4 perkara yang lebih baik :-

1) Pemurah bagi orang kaya itu baik tetapi pemurah bagi orang miskin itu lebih baik..

2)Adil bagi setiap orang itu baik tetapi adil bagi pemimpin itu lebih baik..

3)Taubat bagi orang tua itu baik tetapi taubat dari orang muda itu lebih baik..

4)Malu bagi lelaki itu baik tetapi malu bagi wanita itu lebih baik..

Tuesday, December 1, 2009

~OH IBU~

Dengan nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang..


Doakan kesejahteraan ibubapa kita(gambar hiasan)


Kisahnya apabila suatu hari seorang pemuda yang berjaya dalam hidup menemui ibunya...Pemuda itu berkata,"Ibu,hari ini sy mahu membalas segala jasa ibu yang selama ini membesarkan saya.Ibu,cakaplah ibu nak apa.Saya akan belikan apa saja untuk membalas jasa ibu."

Si ibu sambil tersenyum menjawab, "Ibu tak mahu apa2 pn."

Si anak tidak berpuas hati lantas bertanya sekali lagi.."Ibu cakap lah ibu nak apa..Saya sanggup belikan."

Akhirnya si ibu berkata "Ibu nak usop(bukan nama sebenar) tidur dengan ibu malam ini."

Si anak tersangatlah gembira dan bersetuju dengan permintaan ibunya itu..

Pada malam itu tidurlah usop bersebelahan dengan ibunya...Nyenyak btul tidur si usop pada malam itu...Ketika usop tidur dengan nyenyaknya,si ibu ke dapar mengambil se bekas air dan mencurahkan air itu ke atas paha si anaknya...Apa lagi,terkejutlah si usop ini...Apabila mengetahui yang ibunya berbuat demikian,si usop beralih ke tempat yang kering dan tidur semula tanpa rasa marah kepada ibunya..
Si usop kembali tidur dengan nyenyaknya...Tapi selepas beberapa ketika, si ibu kembali mencurahkan air ke atas paha anaknya..Kali ini denagan rasa terkejut dan mulai marah dia bertanyakan kepada ibunya.."Kenapa ibu menjiruskan air keatas paha usop??...Si ibu tidak menjawab pertanyaan anaknya itu...Si Usop pun beralih ke tempat yang kering dan menyambung kembali tidurnya..Dia juga berharap agar ibunya tidak akan mencurahkan lagi air ke pahanya...


Ibu antara pendidik yang terbaik(gambar hiasan)

Tapi selepas seketika si anak ini meneruskan tidur,si ibu kembali menjirus air ke paha si anaknya...Kali ini si usop dengan rasa marah bertanya kepada ibunya..."Kenapa ibu menjiruskan air ke paha sy?"
Si ibu dengan tenang menjawab ,"Tadi usop cakap nak balas jasa ibu..Usop ingat tak masa usop kecik2 dlu usop selalu kencing malam..ibu akan bangun untuk membersihkan usop dan alihkan ke tempat yang kering..Bukan untuk satu malam je..Tapi selama bertahun2 ibu lakukan perkara yang sama tanpa rasa marah kepada usop..Tapi ibu baru je jiruskan air ke paha usop malam ini dan usop dah marah2 pada ibu..."

Usop dengan rasa bersalah dan menyesal memohon maaf kepada ibunya...

Ingatlah wahai sahabatku sekalian bahawasnya nabi pernah bersabda "Syurga itu dibawah telapak kaki ibu"..
Maka hargailah mereka ketika mereka masih ada..





.:. UNIC-Lafaz yang tersimpan .:.

0 comments:

Post a Comment

 
 

Diseñado por: Compartidísimo
Scrapping elementos: Deliciouscraps©