-Kisah Palestine-

.:. Medan Bermujahadah.:.


Merupakan penuntut dalam bidang Kejuruteraan Elektrik(elektronik),major dalam komputer..

AHLAN WASAHLAN

Assalamualaikum...ahlan wasahlan...semoga sedikit perkongsian ini memberi manfaat kepada anda..terima kasih kerana sudi menjengah ke laman ini..saya masih baru dalam bidang blogger..sekiranya ada cadangan penambahbaikan, bolehlah di nyatakan pada ruangan yg disediakan...

Followers

Jalinan Ukhuwah


ShoutMix chat widget

PENGUNJUNG

Halwa Telinga

Today is...

>

.:.Waktu Sekarang.:.

.:.Waktu Solat.:.

Renungan Bersama..

PIC...

PIC...

Madah Pujangga..

Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan;Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan;Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan),tetaplah bekerja keras(untuk urusan yang lain);Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap...

.:.Asy-Syarh(4-8).:.

Madah Pujangga...

4 perkara yang baik tetapi 4 perkara yang lebih baik :-

1) Pemurah bagi orang kaya itu baik tetapi pemurah bagi orang miskin itu lebih baik..

2)Adil bagi setiap orang itu baik tetapi adil bagi pemimpin itu lebih baik..

3)Taubat bagi orang tua itu baik tetapi taubat dari orang muda itu lebih baik..

4)Malu bagi lelaki itu baik tetapi malu bagi wanita itu lebih baik..

Thursday, May 27, 2010

Tarbiah Diri Dengan Sifat Redha

Dengan nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang


Sedikit perkongsian kisah seorang ulama ahli hadis dan fiqah di Madinah daripada kalangan tabiin.Beliau adalah 'Urwah,putera pasangan dua orang sahabat Nabi s.a.w yang sangat terkenal iaitu Zubair bin al-'Awwam dan isterinya Asma' binti Abu Bakar al-Siddiq.

Sejak kecil 'Urwah tinggal serumah dengan adik ibunya,iaitu Aisyah binti Abu Bakar,isteri kesayangan Baginda Nabi s.a.w.Dan daripada beliaulah 'Urwah menimba hadis,tafsir,fiqah,faraid dan berbagai ilmu lainnya.Sehingga ketika dewasa ia diakui sebagai salah seorang daripada tujuh fuhaqa madinah(al-fuhaqa al-sab'ah) yang menjadi rujukan fatwa pada masa itu.'Urwah bin al-Zubair meninggal dunia pada tahun 94H.

Suatu hari 'Urwah diundang oleh Khalifah Walid bin Abdul Malik untuk datang ke istananya di Syam.Dalam perjalanannya,'Urwah merasakan sesuatu terjadi di kakinya.Tidak lama kemudian,timbul sebuah bisul di kakinya yang lalu pecah dan menjadi sebuah luka.

Tiba di Syam,Khalifah mendatangkan seorang tabib untuk memeriksa luka tersebut.Tabib itu kemudian menyimpulkan bahawa luka itu merupakan suatu jangkitan yang mana jika tidak segera dihentikan boleh merebak ke seluruh badan.Dan satu-satunya cara untuk menghentikan penyebaran jangkitan itu adalah dengan memotong kaki tersebut.

'Urwah setuju kakinya dipotong.Tabib menyarankan agar ia meminum ubat  bius terlebih dahulu sebelum operasi dilaksanakan agar ia tidak merasakan sakit,tapi 'Urwah menolak.Ia ingin tetap berada dalam kesedaran sehingga dapat mengingat Allah meskipun harus merasakan kepedihan yang sangat menyiksa.Akhirnya tabib itu memotong kakinya dengan gergaji,sementara 'Urwah dengan penuh kesabaran menyaksikan hal itu tanpa mengeluarkan suara kesakitan.

Pada waktu yang sama,seorang anak 'Urwah yang ikut bersamanya dalam perjalanan tersebut mengalami kemalangan.Seekor keldai menendangnya hingga mati.Apabila mendengar berita sedih itu 'Urwah tidak memberi komen apa-apa.Hanya ketika perjalanan pulang ke Madinah,terdengar 'Urwah berkata seperti ini : "Ya Allah,Engkau memberiku tujuh orang anak.Jika Engkau mengambil satu orang,Engkau masih meninggalkan enam lainnya.Dan Engkau memberiku empat anggota (dua tangan dan dua kaki).Jika engkau mengambil salah satunya,Engkau masih meninggalkan tiga yang lain."

Masya Allah,tokoh besar ini masih dapat menemui alasan untuk memuji Allah meskipun dalam musibah yang sangat memilu hati.Kisah ini dapat anda temui dalam kitab Wafayat al-A'yan karya Ibn Khilikan dan buku muridnya,Imam al-Dhahabi,yang bertajuk Siyar A'lam al-Nubala.


Allahuakbar,betapa hebatnya pentarbiahan sahabat-sahabat pada zaman itu..Jika kita lihat bagaimana mantapnya akidah para sahabat seperti Sumayyah,Bilal dilamana sanggup mengadaikan nyawa demi mempertahankan akidah.Kalau difikirkan,pada masa itu,tiada lagi Al-Quran yang seperti mana sekarang telah dibukukan dimana Al-Quran inilah yang menjadi petunjuk bagi umat islam.Tapi atas pentarbiahan Nabi Muhammad s.a.w dalam memantapkan akidah dahulu berbanding aspek lain,akhirnya lahirlah hamba2 abdi yang telah mengabdikan diri pada Allah hingga sanggup mengadai nyawa demi Islam..Allahuakbar...

Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi manfaat pada kalian...
Wallahu'alam....

0 comments:

Post a Comment

 
 

Diseñado por: Compartidísimo
Scrapping elementos: Deliciouscraps©