-Kisah Palestine-

.:. Medan Bermujahadah.:.


Merupakan penuntut dalam bidang Kejuruteraan Elektrik(elektronik),major dalam komputer..

AHLAN WASAHLAN

Assalamualaikum...ahlan wasahlan...semoga sedikit perkongsian ini memberi manfaat kepada anda..terima kasih kerana sudi menjengah ke laman ini..saya masih baru dalam bidang blogger..sekiranya ada cadangan penambahbaikan, bolehlah di nyatakan pada ruangan yg disediakan...

Followers

Jalinan Ukhuwah


ShoutMix chat widget

PENGUNJUNG

Halwa Telinga

Today is...

>

.:.Waktu Sekarang.:.

.:.Waktu Solat.:.

Renungan Bersama..

PIC...

PIC...

Madah Pujangga..

Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan;Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan;Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan),tetaplah bekerja keras(untuk urusan yang lain);Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap...

.:.Asy-Syarh(4-8).:.

Madah Pujangga...

4 perkara yang baik tetapi 4 perkara yang lebih baik :-

1) Pemurah bagi orang kaya itu baik tetapi pemurah bagi orang miskin itu lebih baik..

2)Adil bagi setiap orang itu baik tetapi adil bagi pemimpin itu lebih baik..

3)Taubat bagi orang tua itu baik tetapi taubat dari orang muda itu lebih baik..

4)Malu bagi lelaki itu baik tetapi malu bagi wanita itu lebih baik..

Thursday, June 3, 2010

-3 Jenis Musibah-

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Sedikit perkongsian mengenai musibah.Sekurang-kurangnya ada tiga jenis musibah(walaupun pada hakikatnya musibah itu sama sahaja) tetapi yang berbeza adalah disebabkan keadaan diri yang menerimanya dan bagaimana dia bertindak ketika menghadapi musibah tersebut.

Kafarah

            Berlaku musibah ke atas orang yang baik tetapi ketika itu ia terlanjur melakukan kejahatan kerana kelalaian dan tidak mampu melawan hawa nafsu.Maka musibah itu diturunkan sebagai "tebusan" untuk menghapuskan dosa dan ketelanjuran itu.Ertinya,Allah membalas kesalahannya di dunia untuk melepaskannya daripada dibalas dia akhirat.Musibah ini lebih baik kerana azab di dunia lebih ringan berbanding azab di akhirat.Ringkasannya,kafarah adalah ujian untuk "orang baik yang berbuat jahat".Dengan ujian itu,"orang baik" tersebut akan mendapat peringatan dan amaran atas kelalaian dan ketelanjurannya lalu berusaha untuk bertaubat kepada Allah.Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Dan Kami (Allah) timpakan kepada mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang benar."(Surah al-Zukhruf 43:48).Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Dan Kami pecahkan mereka di dunia ini menjadi beberapa golongan.Antara mereka ada yang soleh dan ada yang tidak sedemikian.Dan kami uji mereka dengan nikmat yang baik-baik dan bencana yang buruk-buruk agar mereka kembali kepada kebenaran."(Surah al-A'raf 7 ; 168)

Bala 
     
        Satu bentuk ujian yang dikenakan ke atas orang jahat yang melakukan kejahatan.Allah datangkan musibah itu sebagai hukuman didunia sebelum dihuum dengan lebih berat di akhirat.Dengan kemurkaan-Nya Allah turunkan kesengsaraan di dunia lagi sebelum orang itu diazab di neraka.Orang yang begini akan disiksa dua kali,pertama di dunia dan kedua di akhirat.Ringkasnya,bala adalah bentuk ujian ke atas "orang jahat yang berbuat jahat".Umat Nabi Nuh yang ditenggelamkan banjir,Firaun yang ditenggelamkan di Laut Merah,Namrud yang dibunuh nyamuk,Qarun yang ditelan bumi adalah antara mereka yang ditimpa bala di dunia lagi sebelum seksa di akhirat.Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Dan jika mereka berpaling,nescaya Allah akan azabkan mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat."(Surah at-Taubah 9 : 74).

Ibtila'

           Musibah yang dikenakan ke atas orang baik ketika dia melakukan kebaikan.Musibah ini adalah tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya yang taat.Dengan ibtila' seseorang hamba itu akan mendapat pahala berganda dan di tinggikan darjatnya di sisi Allah.Dengan musibah mereka akan mendapat pahala syahid ,pahala sabar,pahala redha,pahala qanaah,pahala pemaaf,pahala bersangka baik dan sebagainya.Jika tidak diuji bagaimana hambanya itu akan mendapat pahala sabar,syukur,redha,qanaah dari Allah?Dengan bentuk ujian inilah ada dalam kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi yakni mereka yang paling gigih ,sabar dan tabah ketika menanggung musibah.Allah s.w.t mengingatkan menerusi firmannya yang bermaksud : "Apakah patut kamu menyangka kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepada kamu (ujian) penderitaan sebagaimana yang di deritai orang terdahulu daripada kamu,iaitu mereka ditimpa kesengsaraan ,kemelaratan dan mereka diancam bahaya sehinggalah rasul dan orang beriman bersamanya merintih : "Bilakah datangnya pertolongan Allah?""(Surah al-Baqarah 2 : 214)

Wallahu'alam....

0 comments:

Post a Comment

 
 

Diseñado por: Compartidísimo
Scrapping elementos: Deliciouscraps©