-Kisah Palestine-

.:. Medan Bermujahadah.:.


Merupakan penuntut dalam bidang Kejuruteraan Elektrik(elektronik),major dalam komputer..

AHLAN WASAHLAN

Assalamualaikum...ahlan wasahlan...semoga sedikit perkongsian ini memberi manfaat kepada anda..terima kasih kerana sudi menjengah ke laman ini..saya masih baru dalam bidang blogger..sekiranya ada cadangan penambahbaikan, bolehlah di nyatakan pada ruangan yg disediakan...

Followers

Jalinan Ukhuwah


ShoutMix chat widget

PENGUNJUNG

Halwa Telinga

Today is...

>

.:.Waktu Sekarang.:.

.:.Waktu Solat.:.

Renungan Bersama..

PIC...

PIC...

Madah Pujangga..

Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan;Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan;Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan),tetaplah bekerja keras(untuk urusan yang lain);Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap...

.:.Asy-Syarh(4-8).:.

Madah Pujangga...

4 perkara yang baik tetapi 4 perkara yang lebih baik :-

1) Pemurah bagi orang kaya itu baik tetapi pemurah bagi orang miskin itu lebih baik..

2)Adil bagi setiap orang itu baik tetapi adil bagi pemimpin itu lebih baik..

3)Taubat bagi orang tua itu baik tetapi taubat dari orang muda itu lebih baik..

4)Malu bagi lelaki itu baik tetapi malu bagi wanita itu lebih baik..

Saturday, July 31, 2010

-Warkah dari ayah (siri I) -

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang...


Bila berjauhan,pastinya seorang ayah akan bimbang akan keadaan anaknya..Tambahan pula anaknya seorang perempuan...Selalunya nasihat ayah akan melalui mesej mahupun 'call'..Tapi kali ini sedikit perbezaan...Melelui email...Antara is warkah yang sy rasa perlu lar dikongsi bersama...

Bismillahirrahmanirrahim.

Umat Islam mesti memahami erti sebenar syariat dan tauhid dan dimana letak duduknya. Mesti tahu yang mana satu patut didahulukan dan mana satu yang lebih utama.Umat Islam juga mesti sedar apakah syariat itu timbul dari tauhid atau tauhid itu timbul dari syariat. Kalau semua ini tidak difahami dengan betul, kita boleh tersalah langkah dalam beragama. Agama kita boleh jadi tunggang terbalik. Kita boleh kehilangan Tuhan walaupun kita serius beragama.

Sebenarnya perkara yang pertama yang berlaku dalam agama ialah soal aqidah atau ketauhidan iaitu soal mengenal Tuhan. Setelah Tuhan dikenali, barulah timbul keperluan syariat, sama ada syariat lahir yang kita sebut juga Fiqah, mahu pun syariat batin atau apa yang kita namakan tasawuf. Syariat ialah cara atau kaedah bagaimana kita dapat memperhambakan diri kepada Tuhan atau cara kita membesarkan Tuhan setelah Tuhan itu kita kenali sungguh-sungguh.

Contohnya setelah kita kenal Tuhan dan kita rasa kita ini hamba dan Tuhan itu Khaliq, maka kita akan terdorong untuk menyembahnya. Tetapi kita tak boleh sembah Tuhan ikut suka hati kita. Sebab itu perlu rujuk kepada syariat untuk mengetahui cara Tuhan mahu kita menyembahNya. Begitulah juga dengan hal-hal lain dalam kehidupan seperti pendidikan, dakwah, masyarakat, pergaulan, perniagaan dan sebagainya yang Tuhan mahu kita tegakkan. Kita tak boleh memandai-mandai dalam hal ini atau mengikut saja sistem orang Nasrani atau Yahudi. Tuhan hendak kita buat itu ikut cara yang Tuhan mahu. Untuk itu syariat diturunkan. Jadi mengenal Tuhan mesti berlaku dahulu. Kemudian baru timbul keperluan bersyariat. Ini sesuai dengan hadis yang bermaksud: "Awal-awal agama, mengenal Allah"

Kalau kita belum kenal Allah, atas dasar apa kita dan untuk siapa kita hendak beragama?

Tambahan lagi, kalau kita belum betul-betul kenal Tuhan, sudah tentu kita belum berjiwa tauhid. Kalau belum berjiwa tauhid, sudah tentu belum khusyuk dengan Tuhan. Kalau belum khusyuk dengan Tuhan, sudah tentu belum bertaqwa. Kalau belum bertaqwa, kita tidak ada kekuatan jiwa untuk melaksanakan dan menegakkan syariat. Hanya orang yang bertaqwa saja yang mampu memperjuangkan syariat sungguh-sungguh.

Jadi kenal Tuhanlah menjadi pendorong untuk kita mengamalkan syariat. Kenal Tuhanlah yang memberi kekuatan untuk mengamalkan syariat. Orang yang belum kenal Tuhan tidak akan mampu mengamalkan syariat secara bersungguh-sungguh dan istiqamah.
 
 
 Tawaduk bukanlah bererti lemah.
Tegas bukan bererti kasar.
Beralah bukan bererti kalah.
Kalah bukan bererti salah.
Menang bukan bererti benar.
 
Jazakallah
                        Rosly Hj Hashim
                        S.J.Gelugor


-Luv  my dad n my mom-

0 comments:

Post a Comment

 
 

Diseñado por: Compartidísimo
Scrapping elementos: Deliciouscraps©