-Kisah Palestine-

.:. Medan Bermujahadah.:.


Merupakan penuntut dalam bidang Kejuruteraan Elektrik(elektronik),major dalam komputer..

AHLAN WASAHLAN

Assalamualaikum...ahlan wasahlan...semoga sedikit perkongsian ini memberi manfaat kepada anda..terima kasih kerana sudi menjengah ke laman ini..saya masih baru dalam bidang blogger..sekiranya ada cadangan penambahbaikan, bolehlah di nyatakan pada ruangan yg disediakan...

Followers

Jalinan Ukhuwah


ShoutMix chat widget

PENGUNJUNG

Halwa Telinga

Today is...

>

.:.Waktu Sekarang.:.

.:.Waktu Solat.:.

Renungan Bersama..

PIC...

PIC...

Madah Pujangga..

Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan;Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan;Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan),tetaplah bekerja keras(untuk urusan yang lain);Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap...

.:.Asy-Syarh(4-8).:.

Madah Pujangga...

4 perkara yang baik tetapi 4 perkara yang lebih baik :-

1) Pemurah bagi orang kaya itu baik tetapi pemurah bagi orang miskin itu lebih baik..

2)Adil bagi setiap orang itu baik tetapi adil bagi pemimpin itu lebih baik..

3)Taubat bagi orang tua itu baik tetapi taubat dari orang muda itu lebih baik..

4)Malu bagi lelaki itu baik tetapi malu bagi wanita itu lebih baik..

Sunday, August 1, 2010

-Warkah dari ayah (siri II) -

Dengan nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang



sambungan dari warkah yang pertama....

Begitu jugalah yang berlaku di zaman Rasulullah SAW. Selama 13 tahun di Mekah, Rasulullah hanya mengajar para sahabat tentang Tuhan dan tentang ketauhidan. Rasulullah tidak mengajar apa-apa tentang syariat. Hanya apabila di Madinah, barulah turun hukum-hakam tentang syariat. Maknanya para sahabat diperkenalkan kepada Tuhan terlebih dahulu sehingga mereka cinta dan takut dengan Tuhan, sebelum mereka didedahkan kepada syariat. Apabila datang hukum syariat yang berbagai-bagai rupa, mudah sahaja para Sahabat menegakkannya.

Oleh itu, dalam mendidik anak-anak atau pun masyarakat, kita tak boleh utamakan syariat sebelum kita selesaikan soal tauhid atau soal mengenal Tuhan terlebih dahulu. Tuhan mesti diperkenalkan. Selepas itu barulah diperkenalkan syariatNya. Kalau tidak maka akan timbullah syariat yang tidak dikaitkan dengan Tuhan. Orang yang agamanya hanya syariat semata-mata tanpa dikaitkan dengan Tuhan ialah orang yang nampak seperti beragama tapi tidak beraqidah. Hakikatnya dia tidak beragama kerana agama itu ialah sistem penyembahan atau sistem peribadatan yang ada hubungkait dengan Tuhan. Kalau tidak ada hubungkait dengan Tuhan, ianya bukan agama. Ia hanyalah ideologi. Ideologi memang tidak ada hubungkait dengan Tuhan.

Orang yang bersyariat atau beribadah tanpa Tuhan, syariatnya dan ibadahnya kosong dan tidak berjiwa.Kerana Tuhan tidak dilibatkan sama, maka tidak ada kemanisan, keindahan dan kepuasan dalam ibadahnya. Walaupun ibadahnya banyak tetapi ianya tidak memberi kesan apa-apa pada hatinya dan peribadinya. Akhlaknya tidak berubah malahan bertambah rosak. Mereka tidak terlepas dari membuat perkara-perkara yang keji dan mungkar.

Orang yang bersyariat tanpa Tuhan selalunya memandang syariat itu besar. Tuhan tidak besar. Mereka memperjuangkan syariat tetapi tidak memperjuangkan Tuhan. Padahal syariat itu turun untuk membesarkan Tuhan. Mereka hendak paksa syariat ke atas manusia termasuk hukum hudud dan sebagainya, tetapi tidak mahu membawa atau memperkenalkan Tuhan kepada manusia sehingga manusia boleh jatuh cinta dan takut dengan Tuhan. Oleh itu tujuan sebenar mereka beragama telah tersasar. Walaupun mereka nampak seperti beragama, tetapi mereka sebenarnya kehilangan Tuhan. Mereka beragama tetapi tidak beraqidah.
 
 Berjuang melawan hawa nafsu (mujahadatunnafsi)
sulit sekali kerana kita terpaksa menentang diri sendiri.
Kita juga yang akan menanggung sakitnya.
Kerana tidak sanggup maka banyaklah manusia
yang gagal dalam perjuangan ini.

Jazakallah
                        Rosly Hj Hashim
                        S.J.Gelugor


-luv my mom and my dad-

0 comments:

Post a Comment

 
 

Diseñado por: Compartidísimo
Scrapping elementos: Deliciouscraps©